Proses Filem Hitam Putih

Soalan:

--- Ahmad Nazri Abudin <nazri@might.org.my>
Assalamualaikum,

> Di sini saya ingin mengutarakan mengenai proses  gambar hitam & putih.

1) Adakah cara proses manual @ proses terus dari  mesin foto mrmberikan kesan yang sama terhadap kualiti gambar hitam & putih?

2) Saya juga ingin mengetahui latarbelakang sejarah pemprosesan gambar hitam  putih dan juga adakah teknik2 khas diperlukan utk mmproses gambar hitam & putih?

sekian terima kasih  wassalam.

Dua keping gambar yang dirakam lebih empat puluh tahun. Masih segar. Gambar kiri terdapat kesan kekuningan. Gambar kanan telah disalin semula dan kelihatan segar.


Jawapan:


1). Oleh kerana proses hitam putih adalah perintis kepada proses senifoto, ia tidak terdapat dalam kaedah menggunakan mesin. Kebanyakan yang ditemui semuanya
menggunakan proses cara manual.

Namun apa yang boleh saya faham, mungkin maksud anda, filem hitam putih di hantar untuk proses menggunakan mesin warna. Umpamanya menggunakan filem khas seperti jenama Kodak (professional) T400 CN- T-MAX yang menggunakan proses C-41 (yang juga memproses filem warna).

Kaedah ini tidak sama. Kerana memerlukan mesin cetak warna. Hasilnya agak baik. Cuma kepuasan ketika membuat kerja agak berlainan.

Cara memproses filem, mencetak gambar hitam putih agak memberi kelainan sebab hasil adunan bermain bahan kimia, berada dalam bilik gelap dalam masa-masa tertentu agak mengasyikan. Umpama membaca menerusi internet agak berbeza dengan membaca menerusi buku?!

Cara manual akan memberi peluang pada kita untuk membuat crouping, doging dan sebagainya. Tapi jika menggunakan mesin teknik itu tidak boleh. Apa yang agak ketara, kita tidak melakukan sendiri.

2). Proses hitam putih bermula ketika wujudnya kamera Abcura (tahun 1827an...) bilamana pelukis menghadapi masalah untuk membentuk imej model. Mereka menggunakan arang sebagai bahan pengukir. Hasilnya kemudian dikembangkan dengan terbentuknya filem hitam putih dalam sifat kimikal. Disalut bahan Silver Bromide yang akan dibentuk menjadi negetif setelah direndamkan dalam bahan kimia yang tedapat pada Soduim Karbonat dan beberapa bahan kimia lain.

* Kaedah untuk proses hitam putih, anda boleh rujuk  Alam Senifoto dalam bab: Teknik Bilik Gelap (Darkroom) di sana saya terang secara terperinci.

Terima kasih.